5 Punca Merosakkan Jantung!
Ramai beranggapan apabila dia tidak merokok, dia akan kata saya tidak akan ada masalah jantung.
Tapi mereka sebenarnya tidak faham sebenarnya, banyak lagi tabiat harian yang akan menyebabkan sakit jantung
Disebabkan penyakit jantung merupakan sesuatu yang lazim di Malaysia, pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah penyebab penyakit jantung dan penawar sakit jantung?
Adakah penyakit ini boleh sembuh atau pesakit terpaksa hidup dengannya seumur hidup?
Jika anda ingin tahu lebih lanjut 5 Punca Merosakkan Jantung , teruskan membaca kupasan kami di bawah.
Jantung merupakan salah satu organ yang terpenting dalam tubuh manusia. Masalah yang melanda organ ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada pelbagai bahagian tubuh yang lain. Organ jantung merupakan pusat bagi sebuah sistem dalam tubuh yang dinamakan sistem kardiovaskular.
Sistem ini menghubungkan jantung ke seluruh tubuh dengan struktur-struktur pembuluh darah yang dinamakan arteri, vena dan kapilari. Pembuluh darah arteri dan vena terdiri daripada struktur pembuluh yang besar dan cabang-cabangnya. Organ jantung sangat berkait rapat dengan paru-paru dalam menjalankan fungsinya iaitu menghantar oksigen ke seluruh tubuh.
5 Punca Merosakkan Jantung! – Apakah penyebab penyakit jantung?
Selalunya, penyakit jantung berlaku disebabkan satu proses yang dikenali sebagai aterosklerosis. Kondisi ini menyebabkan pembentukan plak pada dinding arteri. 5 Punca Merosakkan Jantung
Dari semasa ke semasa, plak ini akan menjadi semakin tebal dan menyempitkan saluran darah. Jika ini berlaku, sukar untuk darah mengalir secara normal.
Malah, ada juga risiko untuk darah beku terbentuk pada saluran darah. Darah beku yang terbentuk ini boleh menyebabkan pengaliran darah terhenti. Perkara ini sekali gus boleh menyebabkan pesakit mengalami sakit jantung ataupun strok.
Sebenarnya, penyakit jantung boleh dielakkan. Malah, ramai yang terkena penyakit ini sebenarnya tidak menjalani gaya hidup yang sihat. Jika anda ingin tahu 5 Punca Merosakkan Jantung, mari ikuti penjelasan kami di bawah.
1. Merokok
Amalan merokok merupakan punca nombor 1 yang menyebabkan penyakit jantung.
Nikotin dan karbon monoksida daripada asap rokok membuatkan jantung bekerja dengan lebih pantas. Malah, dua bahan kimia ini turut meningkatkan risiko darah beku.
Merokok bukan sahaja boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, malah amalan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada dinding arteri.
Oleh sebab itu, berhentilah merokok untuk jantung yang lebih sihat. Bukan itu sahaja, mereka yang berhenti merokok juga boleh mengelakkan pelbagai lagi penyakit lain seperti kanser paru-paru dan sebagainya.
2. Tekanan darah tinggi
Kolesterol merupakan sejenis lemak yang dihasilkan oleh limpa. Ia berasal daripada makanan yang mempunyai lemak tepu.
Walaupun badan memerlukan kolesterol, jumlah yang terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit jantung. Oleh sebab itu, elakkanlah mengambil makanan segera dan berlemak.
3. Mempunyai penyakit diabetes
Pesakit diabetes mempunyai risiko dua kali ganda untuk menghidap penyakit jantung.
Untuk pengetahuan anda, penyakit diabetes boleh membuatkan lapisan saluran darah jadi semakin tebal.
Lama-kelamaan, saluran darah ini akan menghalang pengaliran darah dan menyebabkan pesakit mengalami penyakit jantung.
4. Darah beku punca penyakit jantung
Jika darah beku terbentuk pada bahagian arteri, darah tidak dapat sampai ke jantung disebabkan saluran darah yang terhalang.
Selalunya, perkara ini akan menjadi punca yang menyebabkan individu tersebut terkena penyakit jantung pada masa akan datang.
Penawar sakit jantung
Dari segi rawatan, sakit jantung boleh diubati jika pesakit sanggup melakukan perubahan dari segi gaya hidup dan terus mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor.
Ada juga pesakit yang mungkin memerlukan pembedahan sebagai penawar sakit jantung yang dialami.
Dengan rawatan yang bersesuaian, simptom yang pesakit alami boleh dikurangkan. Malah, tidak mustahil fungsi jantung juga boleh diperbaiki selepas rawatan.
Selalunya, rawatan sakit jantung terbahagi kepada 3 iaitu:
1. Perubahan dari segi gaya hidup
Gaya hidup yang sihat dapat membantu pesakit menjalani hidup yang sihat selepas menghidap sakit jantung. Malah, perubahan ini juga boleh menghalang penyakit jantung daripada menjadi semakin teruk.
Perkara pertama yang harus diubah ialah diet anda. Amalkan diet rendah garam dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran dengan banyak untuk menurunkan risiko komplikasi sakit jantung.
2. Pengambilan ubat-ubatan
Pesakit juga mungkin terpaksa mengambil ubat-ubatan untuk merawat sakit jantung. Ubat-ubatan ini boleh menjadi penawar atau mengawal sakit jantung yang pesakit alami.
Walau bagaimanapun, jenis ubat yang diberikan mungkin berbeza mengikut jenis penyakit jantung yang dialami.
https://heartbit.com.my/7-jenis-penyakit-jantung-heart-bit-eecp/
3. Pembedahan
Kadangkala, pesakit mungkin perlukan pembedahan untuk menghalang penyakit jantung daripada menjadi semakin teruk.
Sebagai contoh, jika saluran arteri telah tersumbat, doktor mungkin akan memasukkan sejenis alat yang dikenali sebagai stent ke dalam arteri untuk membuatkan pengaliran darah menjadi normal.
Apakah penyebab penyakit jantung boleh dielakkan?
Jika anda rasa ada mengalami simptom penyakit jantung, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Ada pelbagai punca yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit jantung. Amalan tidak sihat seperti merokok, berat badan berlebihan dan makan makanan yang tidak sihat semuanya boleh menyumbang kepada penyakit jantung. 5 Punca Merosakkan Jantung
Dr Dann 60 seconds Health Info: Endothelial Dysfunction
Oleh sebab itu, jagalah kesihatan anda mulai sekarang jika anda tidak mahu mengalami sakit jantung pada masa akan datang.
Terima kasih kerana sudi membaca artikel 5 Punca Merosakkan Jantung!
Heart Bit EECP merupakan sebuah tempat rawatan jantung alternatif yang terbaik di Malaysia. Anda di jemput untuk datang ke mana-mana rangkaian kam bagi mendapatkan 30 minit rawatan Percuma dan konsultasi secara Percuma. Berkaitan dengan harga terapi, anda boleh merujuk kemana-mana rangkaian kami seperti di bawah ini:
Layari – https://heartbit.com.my/our-outlets/
ONE CITY @ USJ 25, SUBANG JAYA
A-GF-10, The Place @ One-City, Jalan USJ 25/1, 47650 Subang Jaya, Selangor.
PUBLIKA, SOLARIS DUTAMAS
A1-UG1-1, Publika Shopping Gallary, No. 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur.
SOUTH CITY PLAZA, SERI KEMBANGAN
G-03A, Ground Floor, South City Plaza Mall, Persiaran Serdang Perdana, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
TEBRAU, JOHOR BAHRU
No. 19, Jalan Cantik 21, Taman Pelangi Indah, 81800 Johor Bahru, Johor.
BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU
No. 8, Jalan Padi Emas 4/3, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru.
PENAMPANG, KOTA KINABALU
Unit B2.3A, T1 Bundusan, Jalan Bundusan, Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.
IPOH
No. 15, Medan Ipoh 1F, Medan Ipoh Bestari, 31400 Ipoh, Perak.
–